KURSUS INDUKSI KESELAMATAN DAN KESIHATAN UNTUK PEKERJA / PERSONEL BINAAN
Semua pekerja binaan mestilah menghadiri "Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan" selama 1 hari.
Program Kad Hijau ialah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi pekerja binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan.
APAKAH KAD HIJAU CIDB ?
Kad Hijau CIDB ialah Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB yang diwajibkan ke atas semua pekerja yang terlibat di dalam aktiviti pembinaan di tapak, dilengkapi butiran kerja dan kemahiran pekerja. Tanpa kad tersebut, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan pembinaan.
KAD HIJAU CIDB
* Perlindungan 24 Jam
KAD HIJAU CIDB
* Perlindungan 24 Jam
* Di mana-mana tempat di seluruh dunia
* Tidak terhad kepada waktu bekerja sahaja
MANFAAT :
Kematian Kemalangan RM21,000.00
Keilatan Akibat Kemalangan RM18,000.00 (Maksima)
Keilatan Kekal Seluruh Badan Akibat Sakit RM3,000.00
Kematian Biasa RM3,000.00
Belanja Pengebumian RM500.00
Manfaat Wad Hospital Akibat Kemalangan RM25 / Hari
(Maksima 30 Hari)