GMH TRAINING AND SERVICES SDN BHD
SAFETY INDUCTION FOR CONSTRUCTION WORKERS ( SICW )

Friday, March 20, 2015

RINGKASAN ESEKUTIF




GMH TRAINING AND SERVICES SDN BHD 

Merupakan sebuah syarikat yang 


  • Ditauliahkan oleh CIDB sebagai pusat latihan bertauliah untuk mengendalikan Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan (Latihan Kad Hijau). 


Syarikat ini mengendalikan perkhidmatan Latihan Kad Hijau dari peringkatan awal pengurusan hingga akhir bermula dengan pengumpulan dan pengutipan dokumen peserta, penyemakan awal dokumen, pendaftaran kursus, pendaftaran peserta dalam sistem database CIDB, menjalankan Kursus Kad Hijau, pengemaskinian kehadiran peserta dalam sistem database CIDB, proses pembayaran Kad Hijau, pengambilan Kad Hijau di kaunter CIDB, dan penyerahan Kad hijau kepada peserta. 


  • Berdaftar dengan CIDB sebagai penganjur Program/Kursus CCD. 


  • Berdaftar dengan Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) sebagai penganjur Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia:

    
      i)     Pegawai Penilai - Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)

     ii)    Pegawai Penilai - Pegawai Pengesahan Dalaman-Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB)

     iii)    Pegawai Penilaian Luaran (PPL)



GMH Training And Services Sdn Bhd juga turut menjalankan latihan kemahiran teknikal khususnya dalam bidang pemasangan perancah secara In-house Training melalui kerjasama dengan Syarikat Sabah Scaffold Training And Consultancy. 

Pejabat syarikat ini terletak di Mile 6, Tuaran Road, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Tenaga pengajar di GMH Training And Services Sdn Bhd adalah tenaga pengajar yang berkelayakan, terlatih dan berkemahiran serta mempunyai pengalaman luas dalam industri. 








Selain daripada mengendalikan latihan Kad Hijau dan latihan kemahiran teknikal dalam bidang Pemasangan Perancah, Syarikat GMH Training And Services Sdn Bhd juga menjalankan pelbagai perkhidmatan lain. Antaranya adalah seperti, 

- Mengadakan seminar/ceramah pemasangan perancah, 

- menjalankan latihan pemasangan perancah di tapak bina, 

- Pemeriksaan perancah, 

- Jururunding (Lukisan & Pengiraan Perancah), 

- Memasang dan membuka perancah, 

- Membekalkan tenaga kerja mahir (Competent Scaffolder),

- membina dan menjalankan kursus membuat blog dan laman web, 

- jualan borong dan runcit ukiran kraftangan kayu, 

- perkhidmatan sewaan harian bilik taklimat.